Peludah Warna by A Samad Said published on 2011-07-01T17:19:54Z Puisi: A. Samad Said Muzik: Az Samad Peludah Warna Kuasa gusar kini menggelegak murka; warna kuning diisytihar racun terbisa. Diragutnya baju-T segeram tenaga dan diumum itulah busana bahaya. Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu. Kini cahaya mentari mungkin diramas dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya. Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya. 1. 7. 11. A. SAMAD SAID Genre Poetry Comment by kerepektempe Kuning gigi menggigit, biar berdarah 2011-07-09T07:13:51Z Comment by chen kl 权力便仿佛成为他们的私产。 2011-07-07T09:38:32Z Comment by chen kl 因为已经享受于掌权太久了, 2011-07-07T09:37:54Z Comment by chen kl 正在酝酿尽可能更多的粘稠的浓痰。 2011-07-07T09:37:17Z Comment by chen kl 无疑那些人如今已是唾弃色彩者 2011-07-07T09:35:24Z Comment by chen kl 其黄色光线也可能被腰斩。 2011-07-07T09:34:43Z Comment by chen kl 如今太阳的辉煌可能被夺走 2011-07-07T09:34:20Z Comment by chen kl 我们让和平重返内心。 2011-07-07T09:33:58Z Comment by chen kl 出奇安宁与超然的黄色 2011-07-07T09:33:35Z Comment by chen kl 使它成为最美 、最真的旗帜。 2011-07-07T09:33:14Z Comment by chen kl 但是,我们重新缝补破碎的布片, 2011-07-07T09:32:54Z Comment by chen kl 被指定为危险穿着。 2011-07-07T09:32:29Z Comment by chen kl T 恤 被含恨的粗暴势力所攫夺 2011-07-07T09:32:01Z Comment by chen kl 黄色被宣告为最剧烈的毒药。 2011-07-07T09:31:35Z Comment by chen kl 民怨的力量如今激起掌权者之怒; 2011-07-07T09:31:12Z Comment by chen kl 唾弃色彩者 2011-07-07T09:30:46Z Comment by Mohd Annas mereka takut pada kebenaran 2011-07-06T02:39:40Z Comment by Ksatriya kini cahaya mentari mungkin diramas... baris yang amat bermakna, Pak Samad 2011-07-02T15:02:11Z Comment by Abdul Rahim Pak Samad Sasterawan Negara milik Rakyat ........... Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya. 2011-07-02T13:12:19Z Comment by Hasbullah Saleh terbaik pak samad 2011-07-02T08:52:06Z Comment by Samsudin Abu Bakar Mereka PENGOTOR meludah merata-rata, lendir dan darah 2011-07-01T23:45:47Z Comment by Samsudin Abu Bakar Panji perjuangan .....kita semua Pak Samad 2011-07-01T23:44:50Z Comment by Samsudin Abu Bakar Warna kuning diistihar racun terbisa '' Terbaik Pak Samad'' 2011-07-01T23:44:05Z